UNDANG-UNDANG & PERATURAN

PERATURAN TERTAKLUK PADA PENERANGAN DARIPADA PEGAWAI TEKNIKAL KAMI MR. IYARU (PERSATUAN OLAHRAGA AMATUR PERLIS)

PERATURAN UMUM

1) Penglibatan peserta dalam pertandingan ini adalah tanggungjawab masing-masing. Pihak pengajur tidak bertanggungjawab atas kecederaan atau kemalangan yang menimpa peserta sepanjang kejohanan. Walaubagaimanapun, penganjur berusaha untuk mengawal keadaan keselamatan sebaik mungkin sepanjang pertandingan berlangsung.

2) Peserta boleh mendaftar hanya satu kategori sahaja.

3) Para peserta hendaklah  memakai nombor bib larian di bahagian depan baju sepanjang larian.

4) Kenderaan sokongan atau pacer adalah tidak dibenarkan.

5) Para peserta hendaklah berlari di trek larian yang telah ditetapkan. kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.

6) Para peserta wajib menjaga keselamatan diri dan persekitaran tanpa melakukan sebarang kerosakan sepanjang larian.

7) Larian tertakluk di bawah undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (disahkan oleh Mr. Iyaru).

8) Para peserta yang ingin membuat bantahan terhadap peserta lain atau memaklumkan pelanggaran peraturan mestilah berbuat demikian secara bertulis kepada pihak penganjur sebelum keputusan dikeluarkan beserta bayaran RM200. Keputusan setelah pengumuman rasmi adalah muktamad.

KATEGORI PERTANDINGAN

21 KM

LELAKI TERBUKA

WANITA TERBUKA

CUT OFF TIME : 4 JAM 30 MINIT

10 KM

LELAKI TERBUKA

WANITA TERBUKA

CUT OFF TIME : 2 JAM

5 KM (FUN RUN)

LELAKI TERBUKA

PEREMPUAN TERBUKA

VETERAN LELAKI (40 TAHUN & KE ATAS)

VETERAN WANITA (40 TAHUN & KE ATAS)

CUT OFF TIME : 1 JAM


No comments:

Post a Comment